Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 20hb Ogos 2017  

 

INFO KORPORAT

 

PEPERIKSAAN

 

PERKHIDMATAN ONLINE

Peperiksaan STPM > Sijil STPM

  1. Calon sekolah hendaklah mengambil sijil STPM mereka dari sekolah masing-masing, manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dari Jabatan Pelajaran Negeri.

  2. Calon diberi tempoh masa 12 bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan untuk mengambil sijil. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri akan menghantar balik sijil-sijil yang tidak dituntut ke Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempoh tersebut hendaklah berurus terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan hendaklah disertai salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada), salinan kad pengenalan dan sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM1.20 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM1.30. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM.

  3. Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan atau salinan sijil. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A.

    (a) Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga.  Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis  Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM/Ujian MUET.

    (b) Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM.

  4. Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM dalam versi bahasa Inggeris hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut.
    (a) Surat atau borang permohonan transkrip sijil yang menyatakan alamat universiti luar negara yang dipohon. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon transkrip sijil STPM.
    (b) Bayaran perkhidmatan RM50.00 bagi setiap satu transkrip.
    (c) Salinan slip keputusan atau salinan sijil STPM.
    Transkrip tersebut akan dihantar terus oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ke universiti berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan surat penghantaran transkrip ke universiti terlibat akan dihantar kepada calon.
 

:: E-MEL STAF

  :: CARIAN
  :: BERITA TERKINI

Semakan Pendaftaran Ujian MUET Bagi Sesi Mac Tahun 2012

Semakan bagi pendaftaran MUET atau cetakan MUET/D boleh dibuat bermula pada 23 Disember 2011 jam 10.00 pagi.
Hubungi MPM jika maklumat anda tiada semasa membuat semakan.

Semak melalui SMS: taip MUET INFO<>No.K/P hantar ke 15888

---------------------------------

Pendaftaran MUET Sesi Mac 2012


Tarikh tutup:
17 November 2011

-------------------------------

Jadual Peperiksaan STPM tahun 2011 telah boleh dimuat turun.
Sila layari http://www.mpm.edu.my

  :: KALENDAR

<<   Ogos 2017   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  :: TARIKH KEMAS KINI

5 Disember 2011

  :: MS ISO 9001:2008

MPM telah dianugerahi
Sijil MS ISO 9001:2008
oleh SIRIM QAS International dan IQNET

  :: BILANGAN PELAWAT

  19497344 

 

:: HUBUNGI KAMI

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN


TEL: 03-61369663
FAKS: 03-61361488

SEBARANG PERTANYAAN SILA EMEL KEPADA

ppa@mpm.edu.my

PENAFIAN
Kerajaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2004 - Majlis Peperiksaan Malaysia
Konsep dan Rekabentuk oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
.  
webmaster@mpm.edu.my