Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 27hb Jun 2017  

 

INFO KORPORAT

 

PEPERIKSAAN

 

PERKHIDMATAN ONLINE

Peperiksaan STPM > Surat Pekeliling

MPM/4(AM)/2003

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

WAJARAN MENGIKUT KERTAS/MATA PELAJARAN

Adapun tujuan pekeliling ini ialah untuk memaklumkan wajaran (%) mengikut kertas bagi setiap mata pelajaran untuk menentukan gred mata pelajaran dalam peperiksaan STPM.

Bil.

 Mata Pelajaran

Kod Kertas

Wajaran  (%)

1

PENGAJIAN AM

900/1
900/2

37.5
62.5

2

BAHASA MELAYU

910/1
910/2

37.5
62.5 

3

BAHASA CINA

911/1
911/2

50.0
50.0

4

BAHASA TAMIL

912/1
912/2

 50.0
 50.0

5

BAHASA ARAB

913/1
913/2
913/3

41.7
41.7
16.6

6

LITERATURE IN ENGLISH

920/1
920/2

50.0
50.0

7

KESUSASTERAAN  MELAYU

922/1
922/2

50.0
50.0

8

SYARIAH

930/1
930/2

50.0
50.0

9

USULUDDIN

931/1
931/2

50.0
50.0

10

SEJARAH

940/1
940/2

50.0
50.0

11

GEOGRAFI

942/1
942/2

50.0
50.0

12

EKONOMI

944/1
944/2

50.0
50.0


13


PENGAJIAN PERNIAGAAN

946/1
946/2

50.0
50.0

14

PERAKAUNAN

948/1
948/2

50.0
50.0

15

MATEMATIK S

950/1
950/2

50.0
50.0

16

MATEMATIK T

954/1
954/2

50.0
50.0

17

MATEMATIK LANJUTAN T

956/1
956/2

50.0
50.0

18

PERKOMPUTERAN 958/1

958/1
958/2
958/3

40.0
40.0
20.0

19

FIZIK 960/1

960/1
960/2
960/3*
960/4*

30.0
60.0
10.0
10.0 

20

KIMIA 962/1

962/1
962/2
962/3*
962/4*

30.0
60.0
10.0
10.0 

21

BIOLOGI 964/1

964/1
964/2
964/3*
964/4*

30.0
60.0
10.0
10.0

22

SENI VISUAL

970/1
970/2
970/3*
970/4*

40.0
25.0
35.0
35.0

*  Kertas pilihan bagi mata pelajaran berkenaan.

 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Bangunan MPM
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan
(Tel: 03-61369663)

 10 Mei 2003


MPM/4(AM)/2002

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia akan mengubah format penyataan keputusan dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini akan melaporkan  pencapaian calon dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut :

GRED STPM
(SEDIA ADA)

GRED STPM (BARU)

GRED KERTAS

GRED MATA PELAJARAN

GRED KERTAS

GRED MATA PELAJARAN

NGMP

1

A

A

A

4.00

2

  A-

  A-

3.67

3

B

  B+

  B+

3.33

4

C

B

B

3.00

5

D

  B-

  B-

2.67

   C+

   C+

2.33

6

E

 C

 C

2.00

7

R

   C-

  C-

1.67

8

    D+

    D+

1.33

  D

  D

1.00

9

F

  F

  F

0.00

Bagi gred mata pelajaran, gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred lulus penuh, manakala gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus sebahagian dan gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal. Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan. 

Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003.

Contoh slip keputusan peperiksaan STPM yang baru adalah  seperti yang berikut:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

NAMA : Ahmad bin Abdullah NO.K/P  : 830916-05-6429
ANGKA GILIRAN : N02/1028 NEGERI : NEGERI SEMBILAN

MATA PELAJARAN WAJARAN
(%)
GRED
KERTAS
GRED
MATA
PELAJARAN
NGMP*


900 PENGAJIAN AM
KERTAS 1
KERTAS 2

954 MATEMATIK T
KERTAS 1
KERTAS 2

960 FIZIK
KERTAS 1
KERTAS 2
KERTAS 3

962 KIMIA
KERTAS 1
KERTAS 2
KERTAS 3

 

37.5
62.5


50.0
50.0


30.0
60.0
10.0


30.0
60.0
10.0

 

A
A


B
 B-


B-
 B+
A


B-
 C+
A-


A

 

B-

 

 B+

 

 C+


4.00

 

2.67

 

3.33

 

2.33

* Nilai Gred Mata Pelajaran

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Bangunan MPM
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
(Tel: 03-61369663)

26 Disember 2002


[JPA.(SULIT)324/7/19(33).]

Siri    No.    0013

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1983

Tuan,

KELAYAKAN SIJIL  TINGGI  PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PERLANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN

Adalah saya diarah memaklumkan bahawa mulai daripada tahun 1982 Kerajaan telah mengendalikan sepenuhnya peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengikut cara sistem terbuka. Dengan itu juga Peperiksaan STP/HSC yang mengeluarkan Sijil Penuh (Full Certificate) dan sijil Kenyataan (Statement) telah dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan STPM yang baru. Sebagaimana yang tuan sedia maklum bahawa Sijil Tinggi Persekolahan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan adalah merupakan kelayakan masuk minima yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan Kumpulan B.

2.

Dalam peperiksaan STPM yang baru sistem penggredan matapelajaran adalah sama seperti penggredan dalam peperiksaan STP/HSC Cambridge iaitu berasaskan Gred A, B, C, D, E, R dan F. Peringkat kelulusan berasaskan gred ini ialah:

(a)

Gred A hingga E menunjukkan kelulusan penuh (full pass) bagi sesuatu matapelajaran di mana Gred A adalah kelulusan penuh yang terbaik dalam sesuatu matapelajaran manakala Gred E adalah kelulusan penuh yang terendah bagi sesuatu matapelajaran;

(b)

Gred R menunjukkan kelulusan sebahagian (intermediate pass) dalam sesuatu matapelajaran. Dalam peperiksaan STP/HSC dahulu gred ini ialah Gred O iaitu kelulusan Subsidiary;

(c) Gred F menunjukkan kegagalan dalam sesuatu matapelajaran.

Calon-calon yang lulus walaupun dalam satu matapelajaran sahaja adalah berhak mendapat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

3.

Memandangkan terdapat banyak skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk minima STP/HSC dan Peperiksaan STP/HSC pula telah dimansuhkan, maka kelulusan STPM yang dapat dianggap sebagai  setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh STP/HSC bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Kerajaan adalah seperti berikut:

(a)

Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(b)

Lulus 2 matapelajaran dan lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

(c)

Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(d)

Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Kertas Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Pemohon-pemohon yang tidak memiliki salah satu daripada kelulusan di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan STP/HSC atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sebelum ini.

4.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelayakan Sijil Penuh STP/HSC atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan masih lagi diiktiraf bagi maksud perlantikan ke jawatan-jawatan Kumpulan B dalam Perkhidmatan Awam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

            t.t
(NIK MUSA BIN HAJI NIK ABDULLAH)
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.

29hb Mac, 1983

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur.

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,
Jalan Cenderawasih,
Kuala Lumpur.

Setiausaha,
Suruhanjaya Polis Di-Raja Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
Kuala Lumpur.

Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sabah,
Tingkat 1, Bangunan Natikar,
Jalan Padang,
Kota Kinabalu,
Sabah.

Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sarawak,
Tingkat 4, Bangunan Tun Datu’ Patinggi Tungku Haji Bujang,
Simpang 3,
Kuching,
Sarawak.

Semua Pihak Pengurusan Badan-badan Berkanun

Semua Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan

s.k.
  Pegawai Perjawatan Persekutuan,
Kuching,
Sarawak
  Pegawai Perjawatan Persekutuan,
Kota Kinabalu,
Sabah

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia,
Tingkat 9-14 & 16, Bangunan UMBC, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur 01-33
Telefon: 208144 Alamat Telegraf “Festoff Kuala Lumpur”

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR

75877—12-4-83


[JPA.(SULIT)324/1/1-3/(49)]

Siri    No.   6527

 KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 6 TAHUN 1986

PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1983 MENGENAI KELAYAKAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PERLANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN

Adalah saya diarah memaklumkan iaitu mulai dari tahun 1987, Majlis Peperiksaan Malaysia akan meminda matapelajaran Kertas Am dalam peperiksaan STPM dan namanya akan ditukarkan kepada Pengajian Am serta taraf matapelajaran ini diperingkatkan kepada peringkat “Principal”.

2.

Selaras dengan perubahan itu nanti, pecahan (a), (b), (c) dan (d) sahaja pada perenggan 3 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1983 adalah dimansuh dan digantikan dengan perenggan baru seperti berikut:

 

"3.1

Bagi Peperiksaan STPM Sehingga 1986:

 

 

(a)

Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Kertas Am dalam satu  peperiksaan STPM; ATAU

(b)

Lulus 2 matapelajaran dan lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

(c)

Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(d)

Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Kertas Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

3.2 Bagi Peperiksaan STPM Mulai 1987:
(a)

Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(b)

Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

(c)

Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(d)

Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut”.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

                           t.t

DATUK ZAHARI BIN ABD. RASHID
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia

16hb September, 1986.

Semua Ketua Setiausaha Kementerian.
Semua Ketua Jabatan Persekutuan.
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur.

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,
Jalan Cenderawasih,
Kuala Lumpur.

Setiausaha,
Suruhanjaya Polis Di Raja Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
Kuala Lumpur.

Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sabah,
Tingkat 1, Bangunan Natikar,
Jalan Padang,
Kota Kinabalu,
Sabah.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Tingkat 3-13 Dan 15,
Wisma Bernama,
Jalan Tun Razak,
50510 Kuala Lumpur.

Ruj.Kami: JPA.324/7/46/Klt.2/0(50)
Tarikh    :  9 September 1988        

Setiausaha,
Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,
Tingkat 21, 32 & 33, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Jalan Tun Ismail,
50526 KUALA LUMPUR.
(up/: Encik Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi)

Tuan,
Pengesahan Mengenai Lulus Sebahagian (R) Dalam Pengajian Am - Peperiksaan STPM
 
Saya adalah diarah merujuk kepada surat tuan SPP.20/4/18/(70) bertarikh 24 Ogos 1988 mengenai perkara di atas.

2.

Sukacita Jabatan ini mengesahkan bahawa lulus sebahagian matapelajaran Pengajian Am adalah dikira sebagai telah lulus kertas tersebut untuk maksud lantikan ke perkhidmatan kerajaan Kumpulan B dan A.

Sekian terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CINTAI BAHASA KITA"

Saya yang menurut perintah,

               t.t
(JAMALUDIN BIN YAHAYA)
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

 

:: E-MEL STAF

  :: CARIAN
  :: BERITA TERKINI

Semakan Pendaftaran Ujian MUET Bagi Sesi Mac Tahun 2012

Semakan bagi pendaftaran MUET atau cetakan MUET/D boleh dibuat bermula pada 23 Disember 2011 jam 10.00 pagi.
Hubungi MPM jika maklumat anda tiada semasa membuat semakan.

Semak melalui SMS: taip MUET INFO<>No.K/P hantar ke 15888

---------------------------------

Pendaftaran MUET Sesi Mac 2012


Tarikh tutup:
17 November 2011

-------------------------------

Jadual Peperiksaan STPM tahun 2011 telah boleh dimuat turun.
Sila layari http://www.mpm.edu.my

  :: KALENDAR

<<   Jun 2017   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

 

 

 

 

 

 

 

 

  :: TARIKH KEMAS KINI

5 Disember 2011

  :: MS ISO 9001:2008

MPM telah dianugerahi
Sijil MS ISO 9001:2008
oleh SIRIM QAS International dan IQNET

  :: BILANGAN PELAWAT

  19482330 

 

:: HUBUNGI KAMI

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN


TEL: 03-61369663
FAKS: 03-61361488

SEBARANG PERTANYAAN SILA EMEL KEPADA

ppa@mpm.edu.my

PENAFIAN
Kerajaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2004 - Majlis Peperiksaan Malaysia
Konsep dan Rekabentuk oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
.  
webmaster@mpm.edu.my