Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 27hb Jun 2017  

 

INFO KORPORAT

 

PEPERIKSAAN

 

PERKHIDMATAN ONLINE

Latar Belakang

                            

                Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

                Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate  (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).            Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut  oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa  pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam.

                Sejak MPM ditubuhkan, bidang tugas MPM yang pada mulanya hanya mengendalikan peperiksaan  STPM telah diperluas. Pada tahun 1999, MPM telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Malaysian University English Test (MUET). Ujian ini wajib diduduki oleh semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Mulai tahun 2003, MPM telah diamanahkan untuk mengendalikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi anggota perkhidmatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) sehingga peperiksaan ini dimansuhkan pada 1 Januari 2011. Di samping itu, MPM juga telah mengendalikan Malaysian Information Technology Examination (MITPE) bagi pihak Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR). Peperiksaan ini membolehkan para graduan dan golongan profesional IT mendapat pengiktirafan dalam kemahiran IT di seluruh dunia. Mulai tahun 2008, MPM mengelolakan ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Ujian psikometri yang diadakan dua kali setahun ini bertujuan untuk menilai sahsiah pelajar dan graduan yang ingin mengikuti program pengajian pendidikan untuk menjadi pendidik. Mulai tahun 2009 pula, MPM mengelolakan ujian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MUnSYI) bagi pihak Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 2010, MPM telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) untuk mengendalikan peperiksaan bagi pihaknya, iaitu Shariah Registered Financial Planner, Shariah Registered Financial Planner Capstone, dan Shariah Registered Financial Planner Ad-hoc PNBi.

 

:: E-MEL STAF

  :: CARIAN
  :: BERITA TERKINI

Semakan Pendaftaran Ujian MUET Bagi Sesi Mac Tahun 2012

Semakan bagi pendaftaran MUET atau cetakan MUET/D boleh dibuat bermula pada 23 Disember 2011 jam 10.00 pagi.
Hubungi MPM jika maklumat anda tiada semasa membuat semakan.

Semak melalui SMS: taip MUET INFO<>No.K/P hantar ke 15888

---------------------------------

Pendaftaran MUET Sesi Mac 2012


Tarikh tutup:
17 November 2011

-------------------------------

Jadual Peperiksaan STPM tahun 2011 telah boleh dimuat turun.
Sila layari http://www.mpm.edu.my

  :: KALENDAR

<<   Jun 2017   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

 

 

 

 

 

 

 

 

  :: TARIKH KEMAS KINI

5 Disember 2011

  :: MS ISO 9001:2008

MPM telah dianugerahi
Sijil MS ISO 9001:2008
oleh SIRIM QAS International dan IQNET

  :: BILANGAN PELAWAT

  19482331 

 

:: HUBUNGI KAMI

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN


TEL: 03-61369663
FAKS: 03-61361488

SEBARANG PERTANYAAN SILA EMEL KEPADA

ppa@mpm.edu.my

PENAFIAN
Kerajaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2004 - Majlis Peperiksaan Malaysia
Konsep dan Rekabentuk oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
.  
webmaster@mpm.edu.my