Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 20hb Ogos 2017  

 

INFO KORPORAT

 

PEPERIKSAAN

 

PERKHIDMATAN ONLINE

Profil Jabatan > Perutusan Ketua Eksekutif


   

Selamat datang ke Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia.

     

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Kerajaan kini sering menekankan tentang usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, khususnya sistem penyampaian perkhidmatan melalui Sistem Kerajaan Elektronik. Justeru, MPM sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) khususnya, turut mengorak langkah bagi menyahut cabaran ini. Ini juga adalah selaras dengan Perancangan Senario MPM untuk menjadi sebuah badan korporat menjelang tahun 2025.

Lantaran itu, MPM telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan portal ini bagi menggantikan laman web MPM.  Kewujudan portal MPM ini adalah sebagai alat penghubung secara maya bagi menyampaikan segala maklumat tentang tadbir urus MPM dan pengurusan peperiksaan/ujian yang  dikendalikan oleh MPM. Ini adalah juga untuk memastikan saluran penyampaian perkhidmatan ini diperkasakan agar lebih mesra pelanggan, mudah dicapai,  bermaklumat, tepat, dan terkini.

 

Dengan semua maklumat di hujung jari dan teknik terkini yang digunakan dalam membangunkan portal ini,  pelanggan MPM bukan sahaja boleh akses kepada maklumat yang dikehendaki, tetapi juga boleh memuat turun maklumat berkenaan. Urusan yang berkenaan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian yang pastinya akan memudahkan dan mempercepatkan urusan pelanggan.  Antara kemudahan sistem dalam talian yang disediakan dalam portal MPM ini ialah sistem pendaftaran peperiksaan/ujian, penyemakan status pendaftaran peperiksaan/ujian, penyemakan keputusan peperiksaan/ujian, aduan dan maklum balas pelanggan serta borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan/ujian. 

 

Sebagai sebuah organisasi yang berusaha untuk merealisasikan hasrat pentadbiran “paperless” atau setidak-tidaknya “less paper”, portal ini juga menjadi platform bagi urusan yang berkaitan dengan pengawasan pusat peperiksaan/ujian dan pemeriksaan skrip jawapan secara paparan pada skrin. 

 

MPM sedia maklum bahawa semua program yang disebut tadi adalah untuk memudahkan semua pihak berurusan dengan organisasi ini. Dalam memenuhi hasrat tersebut, MPM sedia menerima teguran kerana MPM sentiasa menganggap bahawa sebarang aduan dan teguran yang diterima merupakan nilai tambah yang bermakna bagi membantu MPM mengenal pasti kelompangan yang wujud, seterusnya berusaha ke arah menambah baik dan melonjakkan perkhidmatan MPM.   

 

Selamat melayari Portal MPM.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

OMAR BIN ABU BAKAR
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia

 

:: E-MEL STAF

  :: CARIAN
  :: BERITA TERKINI

Semakan Pendaftaran Ujian MUET Bagi Sesi Mac Tahun 2012

Semakan bagi pendaftaran MUET atau cetakan MUET/D boleh dibuat bermula pada 23 Disember 2011 jam 10.00 pagi.
Hubungi MPM jika maklumat anda tiada semasa membuat semakan.

Semak melalui SMS: taip MUET INFO<>No.K/P hantar ke 15888

---------------------------------

Pendaftaran MUET Sesi Mac 2012


Tarikh tutup:
17 November 2011

-------------------------------

Jadual Peperiksaan STPM tahun 2011 telah boleh dimuat turun.
Sila layari http://www.mpm.edu.my

  :: KALENDAR

<<   Ogos 2017   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  :: TARIKH KEMAS KINI

5 Disember 2011

  :: MS ISO 9001:2008

MPM telah dianugerahi
Sijil MS ISO 9001:2008
oleh SIRIM QAS International dan IQNET

  :: BILANGAN PELAWAT

  19497344 

 

:: HUBUNGI KAMI

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN


TEL: 03-61369663
FAKS: 03-61361488

SEBARANG PERTANYAAN SILA EMEL KEPADA

ppa@mpm.edu.my

PENAFIAN
Kerajaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2004 - Majlis Peperiksaan Malaysia
Konsep dan Rekabentuk oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
.  
webmaster@mpm.edu.my