Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 27hb Jun 2017  

 

INFO KORPORAT

 

PEPERIKSAAN

 

PERKHIDMATAN ONLINE

Pengenalan Kepada MUnSyI

 

Ketidakselarasan antara personaliti, minat dan pekerjaan memberi kesan kepada kerjaya dan seterusnya kesejahteraan individu. Tekanan yang wujud akibat ketidakselarasan ini boleh dimanifestasikan melalui pengambilan cuti sakit yang berlebihan, ponteng kerja, kurang komitmen, dan sebagainya (Carmeli & Gefan, 2004). Menurut Holland (1998), keselarasan antara personaliti dan minat dengan kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Penentuan “individu yang betul untuk kerjaya yang betul” perlu diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon pelajar (Parson, 1908 dalam Sidek Mohd Noah, 2005). 

 

Di luar negara, masalah keselarasan antara individu dengan bidang pengajian yang dipohon diselesaikan melalui penggunaan teknik psikometrik. Misalnya ujian Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), dan Strong-Campbell Interest Inventory (SCII) telah digunakan secara meluas dalam proses pengambilan staf dan pelajar di Amerika Syarikat. Ujian-ujian ini menggunakan konsep Person-Environment Fit (P-E Fit) iaitu satu konsep penyelarasan antara ciri individu dengan persekitaran. 

 

Instrumen yang sedia ada umumnya dibangunkan di negara barat yang mana latar belakang budayanya begitu berbeza dengan budaya Malaysia.  Perbezaan budaya ini menuntut pembangunan instrumen yang berasaskan kepada nilai dan budaya tempatan. Justeru satu set instrumen yang dikenali sebagai Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) yang dibangunkan berasaskan konsep Person-Program Fit™(P-P Fit™).

 

            Asas pembinaan MUnSyI adalah berdasarkan kepada parameter penting kriteria pemilihan calon pelajar iaitu minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, kecerdasan emosi dan patriotisme. Pemilihan parameter ini adalah berasaskan kepada tuntutan kemahiran insaniah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).  Instrumen ini telah dibangunkan oleh pakar perunding Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari lima Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 

Format MUnSyI

 

           Instrument MUnSYI mengandungi lima bahagian dengan 310 item. Bahagian A mengenai Minat Kerjaya; Bahagian B mengenai Personaliti; Bahagian C mengenai Nilai Integriti; Bahagian D mengenai Kecerdasan Emosi; dan Bahagian E mengenai Patiortisme.

 

Tujuan MUnSyI

 

          Instrumen MUnSyI dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti intrinsik calon meliputi Minat Kerjaya, Personaliti, Nilai Integriti, Kecerdasan Emosi dan Patriotisme sebagai tambahan kepada maklumat Peperiksaan. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia. 

 

 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 
 

:: E-MEL STAF

  :: CARIAN
  :: BERITA TERKINI

Semakan Pendaftaran Ujian MUET Bagi Sesi Mac Tahun 2012

Semakan bagi pendaftaran MUET atau cetakan MUET/D boleh dibuat bermula pada 23 Disember 2011 jam 10.00 pagi.
Hubungi MPM jika maklumat anda tiada semasa membuat semakan.

Semak melalui SMS: taip MUET INFO<>No.K/P hantar ke 15888

---------------------------------

Pendaftaran MUET Sesi Mac 2012


Tarikh tutup:
17 November 2011

-------------------------------

Jadual Peperiksaan STPM tahun 2011 telah boleh dimuat turun.
Sila layari http://www.mpm.edu.my

  :: KALENDAR

<<   Jun 2017   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

 

 

 

 

 

 

 

 

  :: TARIKH KEMAS KINI

5 Disember 2011

  :: MS ISO 9001:2008

MPM telah dianugerahi
Sijil MS ISO 9001:2008
oleh SIRIM QAS International dan IQNET

  :: BILANGAN PELAWAT

  19482330 

 

:: HUBUNGI KAMI

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN


TEL: 03-61369663
FAKS: 03-61361488

SEBARANG PERTANYAAN SILA EMEL KEPADA

ppa@mpm.edu.my

PENAFIAN
Kerajaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2004 - Majlis Peperiksaan Malaysia
Konsep dan Rekabentuk oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
.  
webmaster@mpm.edu.my